Skip to main content

ILYSTEYA: Chapter One (One-Shot)

“Tonight, we scream our lungs out! This is, Tearing Your Masks!”

Suasana hingar dalam bilik kecil tanpa pintu itu semakin terasa. Tingkap dibuka luas, siling yang boleh dicapai dengan sekadar mengangkat tangan kini hitam dengan kesan tapak kasut. Bayang tubuh - tubuh diarak dan batang tubuh sedang moshing terlihat apabila cahaya neon menyambar pantas. Lampu sengaja dibiarkan pada tahap minima dan bergantung bebas di atas kepala. Bilik segi empat sama berkapasiti 200 orang itu penuh dan telah bingit sejak dari jam 10 malam lagi.

This is the Torture Chamber.

Tempat khas melepas stress. Tempat khas melayan perasaan. Tempat khas bertemu dengan secret society.

“Jump, jump, jump the fuck up!“

Tiada flyer dikeluarkan. Cukuplah perkataan yang dibawa dari mulut ke telinga, ke mulut secret society tentang persembahan yang akan berlabuh malam itu. Terletak betul betul di pusat bandaraya, bising Torture Chamber tenggelam dengan lambakan bar dan kelab malam yang beroperasi secara haram di sekeliling kawasan tersebut. Dikawal rapi luar dan dalam, Torture Chamber bebas dari pengaruh dadah. Torture Chamber ialah abstrak dan ekspresi berontak jiwa - jiwa di kota.

“Fuck your mask. I’m sick of your fucking drama, you fucking faggot!”

Metal, Punk, Hard Rock, Avant-Garde, Electrocore, Rap. Antara genre yang sentiasa ligat bertukar baton di Torture Chamber. Tiada diskriminasi genre, tiada diskriminasi lagu, tiada diskriminasi konten. Kugiran yang bermain juga tidak mengaut untung satu sen dari persembahan mereka. Cuma merch di kawasan luar sahaja alternatif ‘duit nasi’ mereka. Semua atas dasar, enjoy.

“Come on, come on!”

Tika ini, Imperial Mistake, kumpulan pemuzik lokal membawa Tearing Your Masks ke dalam bilik kecil itu. Seperti panahan halilintar, speaker berdentum menjerit power chord dan not dari gitar dan bass buruk berjenama Epiphone itu. Bingit instrumen bertali diselang seli kan pula dengan hentaman padu drum dan percussion. Vokal yang sukar didengari kerana dijerit dengan kasar juga tidak ketinggalan mengikut rentak muzik. Audiens dan crowd yang semakin tidak terkawal apabila breakdown merembat gegendang telinga mereka.

This is, the Torture Chamber.

Di luar Torture Chamber, gerai kecil menjual merch band dan makanan tersusun rapi. Seperti dua elemen yang berlawanan, Torture Chamber sinonim dengan pergerakan yang laju, bingit yang membunuh, dan tidak terkawal. Di luar pula, kawasan gerai kelihatan manusia lebih bergerak normal, tidak berapa bingit dan lebih terkawal. Macam biasa, parking di persekitaran Torture Chamber agak penuh dengan kereta dan motor.

Di satu sudut sebuah gerai, terlihat 4 orang remaja sedang duduk bersantai seperti menunggu makanan mereka sampai. Asap berkepul kepul keluar dari mulut 2 orang daripada mereka. Ashtray di meja itu sudah bertimbun dengan abu dan puntung rokok yang habis dihisap.

“Jam pukul berapa?” Pemuda berjambang tebal bertanya.

“12” Selamba jawapan dari pemuda botak sambil mematikan rokok yang sedang dihisapnya.

“Aku gerak dulu la. Aku kerja malam ni.” Bingkas pemuda berambut afro dan berjambang bangun dari kerusi. Spek matanya nampak kabur betul.

“Okay. Esok practice macam biasa.” Pemuda berambut panjang dengan pengikat rambut ala Axl Rose bersuara.

6 mata melihat saja bayangan tubuh pemuda berambut afro dan berjambang berlalu pergi.

“Zil selalu camtu. Dia kerja apa sebenarnya?” Pemuda berbadan gempal bertanya setelah pemuda berambut afro lesap dengan angin malam itu.

“Entah la Mi. Aku pun tak tau. Dulu dia cakap dia tak kerja. Sekarang kerja pula. Aku tak faham. Tapi, biar je la. Asalkan dia datang practice esok,” Panjang lebar pemuda berambut panjang mengomel. Sedikit tidak puas hati dalam tonanya.

Pemuda botak cuma mengangguk sahaja.

“Bremen,” Perlahan dibaca mesej di inbox handphonenya. Kelihatan lelaki afro sedang duduk di pintu masuk sebuah restoran. Papan tanda bertulis Bremen melekat di atas bangunan itu. Jam di tangan kiri disemak. Jam 12:12 pagi.

Kreeak. Tiba - tiba pintu restoran terbuka. Lelaki berambut afro menoleh pantas ke muka pintu.

Terpacak seorang gadis muda, lingkungan 20-an, bertudung litup dengan corak bunga merah jambu, labuh menutup separuh dari badannya. Kulitnya putih, sedikit pucat, bulu mata yang lentik, dan merah jambu warna anak matanya. Ayu sungguh. Dari air mukanya, jelas dia penat dan seperti tidak sabar sabar untuk tidur.

Lelaki berambut afro cepat cepat bangun. Satu senyuman dipaksa keluar. Tidak keruan betul tingkah lakunya.

“Dah lama tunggu ke, Zil?” Gadis ayu membuka bicara. Senyuman nipis segaris diberi, membalas senyuman paksa lelaki berambut afro sebentar tadi. Bertambah - tambah ayu jadinya pula bila gadis muda ini memakai senyuman.

“Err, tak ada lah lama sangat. Baru je sampai, Nur,” Sengih pula sampai ke telinga. Kepala yang tidak gatal digaru garu.

Gadis ayu itu terus melangkah keluar dari perkarangan restoran, menuju ke seberang jalan. Diiringi lelaki berambut afro. Bila berjalan bersebelahan, ternyata wanita ayu itu lebih tinggi sedikit daripada lelaki berambut afro.

“Esok Nur ada kelas ke? Kerja tadi macam mana? Okay?” Bertalu - talu soalan dari lelaki berambut afro. Sesekali jelingan dilempar pada si gadis ayu.

“Ada, jam 10. Kerja tadi okay je. Tapi, manager dengan pekerja dekat situ gatal betul. Tak habis habis nak cuba ambil kesempatan,” Tona sedikit mengomel. Kening si gadis ayu dikerut - kerutkan. Mulutnya sedikit muncung. Comel pula jadinya.

“Kesian Nur. Dah 5 kali tukar kerja. Still kena kacau juga. Ermm, kalau Nur tak selesa dengan kerja dekat situ, nanti Zil tolong carikan kerja dekat tempat lain ye,” Panjang lebar penerangan lelaki berambut afro.

“Eh, takpe takpe. Zil tak perlu la susahkan diri Zil. Nur okay la. Kerja dekat situ best, makanan dia sedap. Gaji pun okay untuk part - timer,” Cepat cepat si gadis ayu cuba memotong.

“Lagi pun, Zil dah banyak sangat tolong Nur,” Pandangan dibuang ke jalan konkrit di bawah kaki.

“Tak susah pun Nur. Nur kan kawan Zil?” Pandangan lelaki berambut afro diubah 90 darjah ke kanan, ke arah si gadis ayu. Sekali dengan senyuman sebagai hadiah percuma. Kali ini, tanpa paksaan.

“Hehe, Zil ni baik sangat tau,” Si gadis ayu pula mengalih pandangan 90 darjah ke kiri. Bersama dengan senyuman ikhlas. Lampu jalan menyuluh dari atas. Terlihat sebaris gigi yang cantik, tersusun rapi.

Langkah demi langkah diambil. Setelah beberapa simpang, akhirnya mereka tiba di sebuah apartmen usang. Catnya sudah habis luntur dihentam hujan. Terlihat juga kesan retak yang jelas menunjukkan apartmen itu mungkin sudah seusia dengan zaman mula bertapaknya muzik rock kapak di Malaysia.
Keduanya berhenti serentak. Si gadis ayu menoleh ke arah lelaki berambut afro.

“Sampai sini je la ye Zil. Terima kasih sangat tiap tiap hari hantarkan Nur pergi balik kerja,” Beg galas dikemaskan pegangannya. Senyuman nipis diberi. Manis.

“Sama sama,” Lelaki berambut afro membalas senyuman nipis itu.

“Zil ni, dah banyak kali Nur cakap. Spek mata ni, janganlah biar dia kelabu. Laplah. Ishh,” Sambil mengomel, sambil itu lah si gadis ayu menarik kaca mata lelaki berambut afro.

Menggunakan hujung tudung, si gadis mengelap kaca mata lelaki berambut afro sehingga bersih. Lelaki berambut afro hanya melihat sambil terkebil kebil.

“Nah, dah siap. Baru la nampak jalan,” Dipakaikan kaca mata itu pada tuannya kembali.

“Clean and clear. Macam spek baru lah.” Lelaki berambut afro berseloroh.

Ketawa kecil keluar dari mulut si gadis. Kedua dua tangannya dibawa ke mulut, menghalang ketawa dari keluar terbahak - bahak. Hanya kelihatan jari halusnya sahaja kerana handsock yang dipakai gadis itu terlebih besar.

“Okaylah Zil, Nur naik dulu ye. Terima kasih tau,”

Selesai berkata, si gadis ayu berlari anak meninggalkan lelaki berambut afro. Lelaki berambut afro hanya melihat sahaja gelagat gadis ayu itu. Tanpa sedar, bibirnya mengorak sebuah senyuman ikhlas. Dari tingkat pertama, si gadis ayu melambai - lambai tanda selamat tinggal. Siap dengan senyuman.

“Esok Zil ambil Nur macam biasa ye,” Kata lelaki berambut afro, sedikit berteriak. Tangan kanan melambai - lambai si gadis ayu, tanda membalas lambaian si gadis ayu.

Si gadis ayu membuat isyarat okay dan terus berlari ke atas. Tidak sabar sungguh nampaknya. Setelah si gadis ayu selamat sampai di rumahnya di tingkat 3, lelaki berambut afro pun melangkah pergi.

Dikeluarkan handphone dari poket sebelah kiri, dibuka peti masuk. Lelaki berambut afro mula menekan skrin handphonenya. Terlihat mesej ‘Selamat malam, sweet dreams.’ telah ditaip. Dan disentuh skrin itu sekali lagi. Hantar.

Senyum.
19/12/201X, 1220, Soundbreaker Studio

“1, 2, 1, 2, 3, 4”

Tali gitar dan bass laju dipetik. Cukup satu bar, ketukan drum pula menyusul. Senario biasa di Soundbreaker Studio di setiap pagi Ahad. Dari luar pintu kaca lutsinar, kelihatan tag bergantung bertulis ‘OCCUPIED’. Juga terlihat lelaki berambut afro, memakai baseball t-shirt dan seluar ¾ kargo, sedang menunggu masa untuk mula beraksi.

“We are in misery, anarchy is history. Do you remember, when you first, know my name?”

Dinding bilik berukuran 11’ x 20’ itu penuh bertampal dengan kotak telur ayam yang dicat merah. Sudah satu jam bilik kecil itu berdentum dengan irama keras, dendangan Lion & Giants.

“Drop it off, ‘cause fightin’ is a mess,”

Seorang berdiri, 3 yang lain duduk melayan irama gabungan instrumen masing masing. Jari si pemain gitar berambut panjang laju menekan not - not di leher gitar elektrik berwarna ungu itu. Kepala mengangguk sambil mata meliar melihat bandmate yang lain.

“Young age is a bless, never let it go to waste,”

Lain pula dengan si pemain bass. Kerusi tiga kaki yang menjadi tempat duduknya kelihatan tidak sesuai dengan saiz badan lelaki itu yang agak gempal. Rambutnya diikat ke belakang, ala ala samurai era ke-16. Mata lelaki gempal hanya melekat di leher bassnya saja. Mungkin risau tersalah not. Kesemua jarinya pantas menari mengikut susunan lagu.

“And have a nice day, Mr. President,”

Dari awal lagu, dua kaki drummer botak bertukar - tukar dari pedal kick drum kepada pedal hi-hat. Peluh mengalir laju di atas dahi. Mulut pula terkumat - kamit seperti sedang mengira sesuatu. Bila tangan menghentam snare, muka si drummer berkerut. Mungkin menahan geram. Dia jugalah yang nampaknya paling bersemangat sekali.

“Okay guys, masa dah sampai,” Terpacak seorang lelaki berbaju bunga dengan warna yang terang, di muka pintu. Kulitnya kusam dan kering. Rambutnya yang sudah putih disikat rapi ke belakang. Kelihatan sudah separuh abad, namun tubuhnya masih tegap lagi.

Lagu yang berbaki beberapa saat lagi terhenti secara kecemasan. Hodoh betul bunyinya.

“Eh, dah sejam ke? Macam cepat sangat je,” Gitaris berambut panjang menyelak jam di tangan kiri. Tertera digit 12:33 di skrin jam tanpa jenama itu. “Tak perasan pula, satu lagi lagu boleh tak Pak Kham?” Lelaki berambut afro cuba menawar. Sengihnya sampai ke telinga.

“Dah dah la tu. Aku tak sarapan lagi ni,” Sambut si drummer botak. Peluh di atas kepala di lap dengan tuala di dalam beg.

“Betul tu Mike, aku pun tak santap lagi. Esok esok boleh sambung, Zil,” Bassist gempal menyambung. Dia kelihatan sibuk mengelap bass usang yang sudah 1 jam bekerja.

“Dengar tu Zil, aku bukan tak nak bagi kau main, tapi bandmate kau pun penat. So, rehat la ye,” Lelaki tua yang hanya dikenali dengan nama Pak Kham itu mencapai kain buruk dan spray yang berisi air sabun di tepi pintu.

“Okay,” Sedih betul lelaki berambut afro itu nampaknya.

Lelaki tua itu mendekati lelaki berambut afro. Tangannya diletak di atas bahu lelaki berambut afro.

“Rileks la, practice makes perfect, but what’s the point?” Badan lelaki berambut afro digoncang goncang.

“Cheer up, esok aku bagi korang harga special. Okay?” Lelaki tua cuba memujuk.

“Betul ni Pak Kham?” Seakan tak percaya.

“Iye, betul,” Ternampak barisan gigi si lelaki tua yang masih kemas dan putih.

“Yahoo!”
21/12/201X, 2106, Torture Chamber

“It’s been a long time since we’ve last met. Things has gotten harsh for us. Thanks for people that keeps supporting us through thick and thin. We just sorted some shit here and there together. So let’s enjoy to our heart content. Aight?!”

Torture Chamber perlahan lahan dipenuhi dengan umat manusia.  Di tepi dinding bilik itu sudah dihuni. Malam ini, malam debut Lion & Giants. Setelah beberapa bulan berstatus hiatus, kali ini mereka kembali menjadi opening act untuk band The Merit, band veteran dari selatan tanah air. Malam ini, malam bermakna.

Instrumen masih lagi belum bersedia untuk dimainkan. Tangan lelaki berbadan gempal laju memusing punat pada kotak amplifier kecil yang disambungkan ke gitar bass lusuhnya. Lelaki berambut afro pula sedang membetulkan mic stand. Si gitaris berambut panjang cuba menarik perhatian audiens sedang bandmate nya bersedia. Hanya si drummer botak sahaja yang masih belum kelihatan.

Jam 9:15 malam, beberapa ruang dalam Torture Chamber dibanjiri manusia. Suhu bilik mulai membahang. Audiens yang dari tadi kebanyakannya bersidai di tepi dinding, sudah bergerak mengelilingi Lion & Giants. Semua nampaknya sudah bersedia. Mikrofon digenggam erat tangan kiri lelaki berambut afro. Si drummer botak memusing - musing kan drumstick di jarinya. ‘Stage fright’ mula menguasai diri. Ah! Pedulikan semua itu.

“Here we go!”

Irama keras mula meresap masuk ke dalam speaker yang bergantungan di 4 penjuru bilik itu. Speaker mengaum kuat mengikut petikan not harmoni gitar dan bass. Bunyinya kasar, tetapi tidak sumbang. Alunan hentaman drum yang pantas seakan betul betul kena dengan susunan not gitar dan bass.

“Lights has gone, she left a note!”

Lelaki berambut afro menjerkah di hujung mikrofon. Suara dia berada di oktaf bawah dari biasa.

“Lion & Giants, that’s what she wrotes!”

Vokalnya tiba - tiba menaik dua oktaf lebih tinggi dari biasa. Audiens sudah mula menari dan menghentak - hentak kepala mengikut alunan lagu. Ada juga yang melompat - lompat. Tidak kurang juga yang menari seakan orang gila.

Keringat menitis di mana - mana. Pencahayaan yang minima membuatkan bilik itu tampak mencurigakan dari luar. Ditambah pula dengan irama keras yang sedang bermain dari speaker. Pastinya, dari luaran bilik itu sangat mencuri perhatian.

Namun, lain pula perspektif dari dalamnya Torture Chamber. Suhu meningkat setiap saat. Sesak, penuh dengan manusia. Udara terasa nipis dan terhad. Gelagat dan keletah manusia yang tidak dapat diramal. Irama muzik keras yang mendesak tanpa henti. Ya, Torture Chamber sedang menyeksa.
Selesai satu lagu, terus disambung lagu kedua secara back - to - back. Lagu kedua Lion & Giants lebih rancak dan pantas berbanding lagu pertama tadi. Ada sedikit kelainan dengan intro nya yang berbunyi agak mistik dan misteri. Ini juga lagu terakhir mereka malam ini. Selepas ini, hidangan utama akan mengambil tempat.

“Cause’ tonight is our night, no one could ever take it away!”

Dari lagu pertama, lelaki berambut afro tidak berhenti - henti bergerak. Kepalanya digoyang - goyangkan seakan dirasuk. Kakinya dihentak - hentak. Mic stand sudah jatuh dan hilang entah ke mana. Wayar mikrofon yang panjang dililit keliling tangan kiri. Lagu yang dibawa betul - betul dijiwai. Bandmate yang lain pun tidak kurang hebatnya. Semua fokus dan mencuba sebaik mungkin. 2 lagu berdurasi 3 minit itu terasa lama.

“Remember, we’re legion. we’ve pledge an allegiance!”

Habis bar terakhir lagu kedua, instrumen masing - masing dibiarkan berbunyi. Pernafasan cuba diatur. Bahu masing - masing turun naik menahan penat. Walaupun hanya 2 lagu, masih terasa senak di dada. Mikrofon diangkat. Bait bait kata mula dihembus.

“Erm, terima kasih banyak semua. We’re Lion & Giants. On guitar, we got Lan, on bass, Omi, and Botak, the drummer. Thanks for coming tonight, do spread the words. We’ll appreciate it. Thanks again, guys,” Peluh di dahi dikesat menggunakan hujung baju tee baseball. Bandmate yang lain sedang mengemas instrumen masing - masing sambil memasang telinga apa yang disampaikan oleh vokalis mereka.

Tepukan dari audiens bergema memenuhi Torture Chamber. Yes, we’ve done it. Tak sia - sia ambil Zil jadi frontman. At least, tak berkubur nama Lion & Giants lepas Mey buat hal. Desis hati si gitaris berambut panjang.

“Oh, and have a good evening!” Ucapan penutup lelaki berambut afro disambut baik. 4 susuk tubuh yang diraikan itu keluar melalui tingkap berdekatan. Malam ini, malam debut. Malam ini, malam bermakna.
Keluar saja dari bilik yang panas itu, mereka terus bersidai di gerai - gerai yang menjual merch di luar. Masing - masing mendapatkan kerusi dan melabuhkan punggung. Ha, lega betul rasanya. Tak pernah terfikir pun udara di luar ni nyaman dan selesa.

“Zil, gempak sial kau tadi,” Lelaki botak memulakan bicara. Dicucuh api di hujung rokok yang dikepit di bibirnya. Disedut, dan dihembus. Asap berkepul - kepul naik ke ruang udara.

“Tu la. Not bad kot. Suara sebiji macam waktu praktis. Tak lari sikit pun,” Lelaki gempal pula mencucuh api pada rokoknya. Sekali lagi, berkepul - kepul asap berhijrah ke ruang udara.

“Still, banyak benda boleh improve lagi,” Lelaki berambut panjang yang sedari tadi leka dengan handphone, mula bersuara. Matanya masih berada di tempat sama; handphone.

“Haha, thanks. Aku pun baru first time perform depan crowd ramai macam ni. Sebelum ni, dekat studio Pak Kham je la pun,” Kerusi dibetulkan.

Bunyi jerit pekik audiens sudah mula dapat didengar. Mungkin The Merit sudah mengambil tempat di dalam. Daripada tahap bising yang datang dari dalam, main event malam ini memang betul - betul dinantikan audiens.

Masing - masing mengeluarkan handphone. 5 minit berlalu dengan hal sendiri.

“Weh, korang tak nak masuk ke?” Lelaki berambut afro memecah sepi antara mereka berempat.

“Nanti kejap la. Rokok pun tak habis lagi,” Lelaki berbadan gempal menunjukkan rokok di jari.

“Okay, aku masuk tau. Tak pernah tengok diorang perform lagi,” Bingkas bangun menuju ke tingkap yang berdekatan.

“Lepak dulu, eh, dah hilang dah?” Lelaki botak sedikit terkejut. Tak sampai 5 saat dah lesap? Bertuah betul.

Dua kaki memijak konkrit Torture Chamber. Udara panas mula singgah di muka. Kaca mata yang kabur ditanggal, dilap dengan hujung baju dan dipakai semula. Tangan kanan dibawa ke rambut, menyikat ke arah kiri kepala. Namun, rambut afro masih afro. Dapat didengar jelas audiens bercakap sesama sendiri. Tak ubah seperti pasar malam.

“Ladies and gents, thanks for coming. We’ll start off shortly. Ada masalah teknikal sikit,” Jelas suara vokalis keluar dari hujung speaker. Audiens mulai resah. Sesi soundcheck dan setting instrument terlalu lama! Carutan mula keluar dari mulut audiens.

“Y’know, they should at least dah buat soundcheck dekat luar tadi, waktu korang tengah perform,” Suara asing dari sebelah kiri. Suara yang antara dengar tak dengar. Tenggelam dengan bunyi - bunyi asing yang lain.

Toleh. Siapa dia ni?

Lelaki misteri yang sedang bersandar di tepi tingkap itu menuju ke arah lelaki berambut afro. Tangan kanan dihulur.

“Sam,” Senyum simpul.

“Zil,” Balas senyuman, tangan kanan disambut.

“Dah lama kau menyanyi? Aku tak pernah tengok pun kau perform dekat sini,” Lelaki misteri menuju semula ke dinding tempat dia bersandar. Lelaki berambut afro ikut di belakang.

“Takdelah, tadi first time sebenarnya. Thanks lah sebab sudi dengar set kitorang,” Rasa terharu pula tiba - tiba.

“Kau ada bakat, tak semua boleh buat macam yang kau buat,” Kotak rokok Pall Mall merah dikeluarkan dari poket. Diambil sebatang, diletakkan ke bibir.

“Hmm?” Kotak rokok yang terbuka disua ke lelaki berambut afro.

“Ermm, takpe,” Cepat - cepat lelaki berambut afro menolak.

“Oh, that’s rare. Selalunya orang macam kau ni ambil semua benda,” Kening diangkat. Rokok di bibir dicucuh api.

“Err, selalu ke kau lepak sini?” Cubaan menukar topik.

“Jarang - jarang,” Pendek sahaja jawapan lelaki misteri.

“Tu, dah nak mula dah,” Kepala diisyaratkan ke arah tengah bilik. Samar - samar di bawah cahaya lampu, The Merit sudah bersedia. Suasana juga lebih tenang sedikit berbanding mula - mula tadi.

“Terimalah, dari kami, Leading,” Gitar intro terus mengganas. They knew their stuff, man!
“Started out as mystery, blinded by the history,
Crawling out now in the count of 1, 2, 1, 2, 3, 4!”

The Merit yang sinonim dengan genre Hardcore Punk menggegarkan Torture Chamber. Terasa siling akan jatuh bila - bila masa dek kerana henyakan tempo lagu yang dibawa The Merit. Audiens mengangkat tangan dan menari. Sekali lagi, suasana menjadi tidak terkawal. Lelaki berambut afro terperangkap di tengah - tengah. Namun, itu bukanlah satu masalah, malahan dia turut sama menghayati rentak pantas The Merit. Tangan dihayun, kaki melompat - lompat kecil, kepala dihentak - hentak ke ruang udara. Naik hantu ke apa?

Lelaki misteri hanya bersandar di satu sudut. Memerhati. Ya, memerhati lelaki berambut afro dengan tajam. Matanya yang redup, ditambah pula dengan sinaran lampu yang malap menambahkan aura misterinya lagi. Rokok dihisap sehingga habis, kemudian lelaki misteri itu berlalu melalui tingkap lelaki berambut afro masuk sebentar tadi.

“We’ll live, we’ll survive, we’ll be the leader! Mari, nyanyi sama - sama!”

Si vokalis menaikkan mikrofon ke udara. Betul - betul di bawah lampu. Audiens menerjah mendapatkan mikrofon. Semua dirasuk. Dirasuk. Lelaki berambut afro tidak melepaskan peluang.

“We’ll live, we’ll survive, we’ll be the leader!”
“We’ll live, we’ll survive, we’ll be the leader!”
“We’ll live, we’ll survive, we’ll be the leader!”

Bilik kecil itu seumpama mahu pecah dengan jeritan audiens yang sama - sama ikut menyanyi. 5 atau 6 blok radius dari bilik kecil itu pasti merasa gegarannya. Bunyi getaran melepasi piawaian mengetuk pintu gegendang telinga dengan rakus. Badan terasa seperti di awang - awangan. Nafas keluar masuk tanpa izin. Minda dalam keadaan sedar dan tidak. Semua yang berada di luar hanya boleh menggelengkan kepala dan buat tidak endah apa yang berlaku di dalam. Namun, ada juga yang tidak kisah. Salah seorangnya, lelaki misteri sebentar tadi.

Berjalan, hanya berjalan pergi. Apa yang berlaku seolah - olah tidak memberi apa - apa impak langsung pada dia. Berlalu, dengan kepulan asap dihembus melalui hidung dan mulut. Tiba - tiba bahu sebelah kanan ditepuk dari belakang. Perlahan, ditoleh kepala mengikut arah berlawanan dari tepukan tadi. Muka bersemuka. Tak sampai 5 saat, si lelaki misteri mengorak senyum mengejek. Rupanya Omi, bassist gempal Lion & Giants yang menepuk bahu dia sebentar tadi.

“Mey?” Bunyi suara tersebut seakan tidak percaya. Ekspressi muka si lelaki gempal meyakinkan lagi yang dia memang tidak percaya lelaki misteri itu yang berada dia sekarang.

“Hmm, awat?” Rokok disedut dalam - dalam. Kening kiri dijatuhkan dengan sinis.

“Kau terkejut kenapa?” Sambung si lelaki misteri.

“Kau mana boleh ada dekat sini. Kalau diorang datang pukul kau lagi macam mana?” Kali ini bunyi macam takut berbaur risau. Dua - dua kening hampir bertemu.

“Relaks, I go where ever the hell I wanna go. I’m not 12,” Keluar dah slang ala - ala hooligans dia. Siap dengan efek asap rokok lagi.

“Kau pergi mana selama ni? Tau tak berapa risau kitorang bila kau hilang malam tu?” Ayat yang keluar seakan mengacah - acah lembaran kenangan lama dibuka semula.

“Look, korang yang halau aku. Tendang aku keluar. Lepas tu korang tanya aku ke mana aku hilang?!” Mata si lelaki misteri merah menyala. Abu yang menempel di hujung rokok jatuh ke bumi. Tangan mulai menggigil. Memori lama mula ligat bermain di kepala seakan pemain cakera padat.

“Aku tak nak gaduh. Tapi..”

“Ahh!” Lelaki misteri memotong. Badan dipusingkan 180 darjah, ke arah jalan utama.
“Malas aku nak layan. Buat panas hati je,” Monolog sendirian. Kaki dihayun perlahan. Lelaki gempal ditinggalkan terpinga - pinga.

“Mey,” Perlahan. Ditenggelami getaran bunyi sekililing. Bunyi dari Torture Chamber. Bunyi dari dialog manusia sekitar. Bunyi entah apa - apa lagi.

Memori masih mengembara ke belakang. Ke satu ruang masa yang tidak boleh diduga dengan deria yang 5. Hanya boleh diingat. Peristiwa yang tragis.

Comments

Popular posts from this blog

Dagger: Chapter Three

Chapter 3 Ariam was convinced the trances of various locations and visions of large creatures in colossal size tearing up the heavens, opening a vast portal to enter this realm to wreck destruction and death meant something significant with Sajib’s plan. The dream felt vivid and real, it felt like a looming definite future that was for sure abound to happen if she did not do anything to stop it.             Obadiah was glad when she woke up, and now without further due, he stood in front of Ariam who sat up on the captain’s bed, rubbing her eyes, and then he started shouting, “What the hell were you thinking? You could have died! And what then?! You risked your life just to save this idiot.” Obadiah went on for quite a bit tearing Ariam’s ears off in the process, while Bernard in the other hand thanked and apologized to her.             The captain’s cabin, where the four of them were in was considerably more impressive and cleaner than any part of the ship. You can learn a lot

Kid Against The World: Four

Chapter Four Remember, you can’t love somebody without losing a part of yourself. I drive calmly in this rundown sad excuse of an automobile, I don’t know where we are going, but I’m feeling electric tonight with her by my side. We pull down the windows, and let the wind enter, her hand is out, making waves out of it, whistling a tune she is common with. I am very certain that I am nervous, being in a car with her. I mean I used Pabil’s car before, and he is cool with it, so I’m not anxious about that. It’s the fact that I’m in the same car with this Goddess, that’s making my heart beat racing like a Formula One race car.  We are closing in to the city now; Kuala Lumpur at night is just superb. Forget Paris; forget New York or London, Melbourne, none of that could compare the rawness of Kuala Lumpur. The bikers riding the roads, the homeless trying to get some food, the youth falling in and out of love, all happen under the sleepless nights of this city. She takes a can of be

Gratitude and Appreciation

The months of getting paycheck to paycheck has kept me busy but most importantly has helped built my character in the real world. It's not all shine and glory but it has its moments where I'm proud of. In the year 2018, I decided that I had to leave something behind and till this day (or any other day before this post is published), I thought to myself, 'Was that the right thing to do?'. I got a lot of support from my partner and I know that it will take some time for me to adjust back into society. I wasted no time in looking for jobs and felt that I might not be good enough when it comes to working but everyone has to start from somewhere. I told myself that working in the sales line would be the fastest way to learn something and I set my sights on jobs that had sales in the job scope. I got a job but that was short lived as there were internal factors that hinders my progression or not being able see myself in that company that would help in my growth. As a res