22/12/201X. 0712, MUSIQue Gitar akustik, gitar elektrik, bass, drum dan bermacam lagi instrumen muzik yang entah apa - apa tersusun kemas. Di bahagian tengah kedai itu, kelihatan seseorang sedang leka memetik gitar. Bunyi petikan gitar memenuhi segenap ruang kedai muzik itu. Harmoni dan sangat menenangkan. Sengaja semua lampu dalam kedai dibiarkan padam. Hanya cahaya lampu jalan dan cahaya matahari yang baru menerobos atmosfera sahaja yang menjadi pencahayaan pada persembahan akustik sendirian itu. Badan digoyangkan ke kiri dan kanan, menghayati simfoni yang sangat mengasyikkan. Tangan kanan pantas mengubah kord yang sedang dimainkan. C, F, G,Bb. Sesekali, kepala dianggukkan, rambut afro ikut mengangguk sekali. Sesekali gitar diangkat tinggi persis gaya Jimi Hendrix. Tiba - tiba handphone berbunyi. Alarm pukul 7:30. Okay, masa untuk kejutkan si manis ayu. Nombor didail pantas. Call. The Crustacean - Mr. Love berlagu di hujung talian. Tepat 10 saat, panggilan dimatikan. Ditek...
The Art of Love Society. I write poems for one person.