Skip to main content

ILYSTEYA: Chapter Two (One-shot) - INCOMPLETE

22/12/201X. 0712, MUSIQue

Gitar akustik, gitar elektrik, bass, drum dan bermacam lagi instrumen muzik yang entah apa - apa tersusun kemas. Di bahagian tengah kedai itu, kelihatan seseorang sedang leka memetik gitar. Bunyi petikan gitar memenuhi segenap ruang kedai muzik itu. Harmoni dan sangat menenangkan. Sengaja semua lampu dalam kedai dibiarkan padam. Hanya cahaya lampu jalan dan cahaya matahari yang baru menerobos atmosfera sahaja yang menjadi pencahayaan pada persembahan akustik sendirian itu.

Badan digoyangkan ke kiri dan kanan, menghayati simfoni yang sangat mengasyikkan. Tangan kanan pantas mengubah kord yang sedang dimainkan. C, F, G,Bb. Sesekali, kepala dianggukkan, rambut afro ikut mengangguk sekali. Sesekali gitar diangkat tinggi persis gaya Jimi Hendrix.

Tiba - tiba handphone berbunyi. Alarm pukul 7:30. Okay, masa untuk kejutkan si manis ayu. Nombor didail pantas. Call. The Crustacean - Mr. Love berlagu di hujung talian. Tepat 10 saat, panggilan dimatikan. Ditekan redial, dan sekali lagi, The Crustacean - Mr. Love menjawab panggilan lelaki berambut afro.

“Too many words stuck in my heart,
Too many things left unsaid,
Believe me,”

Talian dimatikan sekali lagi. Kerut mula muncul di dahi. Pelik. Selalunya dia dah bangun dah. Hmm, something is not right. Redial ditekan lagi. 2 saat, panggilan disambungkan.

“Hello, assalamualaikum. Sorry, Nur mandi tadi. Tak perasan Zil call,” Lunak. Cair hati lelaki berambut afro.

“Eh takpe. It’s okay. Err, ingatkan Nur tidur lagi tadi. Itu yang Zil call tu,” Ayat tersekat di kerongkong. Bila dilepas gagap, bila ditahan, rimas. Damn.

“Thanks ye kejutkan Nur. Nur dengar ustazah cakap semalam, tak baik tidur lepas subuh. Itu yang Nur tak tidur tu,” Berubah ke tona seronok pula si manis ni. Lagi bertambah cair lah hati lelaki berambut afro nampaknya.

“Hehe, ermm, bagus la kalau macam tu. Nur kelas pukul 8 kan? Zil hantarkan ye?” Harapnya, dia nak la.

“Tak menyusahkan Zil ke?” Cubaan main tarik tali pertama.
“Taklah. Tak susah pun. Kejap lagi Zil sampai. Bye. Assalamualaikum,” Talian dimatikan.

Gitar kidal digantung di tepi rak. Snowcap dicapai. Hoodie hitam dengan hamburan cat hijau membentuk pangkah di depan hoodie disarung pantas. Tulisan ‘Flood’ yang pudar di belakang hoodie jelas kelihatan. Bahagian hadapan sengaja dibiarkan terbuka. Tergesa - gesa langkah lelaki berambut afro. Tombol pintu belakang kedai muzik dipegang kemas. Pintu dikuak ke arah luar.

Sekilas pandang, lelaki berambut afro tak ubah seperti rapper jalanan. Dengan seluar jeans baggy, kasut Vans jenis slip - on, snowcap, dan hoodie. Lengan hoodie diselak, jam baru pukul 7:33, sempat lagi ni.

Langkah dipercepatkan. Angin pagi menghembus ke badan. Sampai ke tulang hitam penangannya. Sejuk. Dalam berlari, hood ditarik menutup kepala. Sambil - sambil mata dilarikan ke jam tangan. Dalam minda asyik mengulang, sempat, sempat.

Jarak dari kedai muzik ke kawasan perumahan di tengah bandar boleh dikatakan jauh. Keringat mula kelihatan. Tanpa sedar, lelaki berambut afro sudah mula berlari - lari anak merentas jalan yang lengang, tanpa kehadiran manusia. Gagak berkicauan memenuhi ruang angkasa mencari rezeki.

10 minit kemudian, lelaki berambut afro sudah sampai di hadapan apartmen usang tempoh hari. Tercungap - cungap. Peluh dikesat dengan hujung lengan. Kepulan wap tampak jelas keluar dari mulut lelaki berambut afro. Gaya macam baru merentas desa sahaja. Kepala didongakkan ke tingkat 3 rumah itu. Kan dah kata, sempat.

Suasana kawasan apartmen agak suram. Kelihatan sampah bertimbunan di bawah tangga tanpa selenggaraan yang tepat. Kucing - kucing liar sedang menangkap lipas dan tikus yang berpeleseran menikmati udara pagi. Lopak air bertakung yang menandakan tapak konkrit sudah  tidak rata. Longkang - longkang juga penuh dengan air berwarna hijau pekat. Lelaki berambut afro mencari satu kawasan untuk melabuhkan punggungnya. Sambil itu, dia mencapai handphone di poket seluar baggy lusuh.

“Zil dah ada dekat bawah ni,” Mesej ditaip, and sent. Mata berlari ke sekeliling kawasan apartmen. Tangan kanan mula menyikat rambut yang kusut. Ke kiri, kanan, atas, bawah, utara, selatan. Pandangan mata mula menangkap imej kasut yang sedang dipakai. Jenis slip on berwarna hitam #000000. Kasut dibuka. Diselak tapaknya. Rata. Nasib baik waktu berlari tadi tak tergelincir.

Digosok pasir yang melekat pada kasut buruk itu. Bahagian belakang kasut ditenung dalam - dalam. Tulisan ‘18’ semakin pudar dimamah geseran dan masa. Fikiran mula merewang ketika perjumpaan pertama dengan kasut tersebut. Downtown Lobes.
Sekeping not merah sudah cukup memeterai pertukaran pada malam itu. Di bawah sedar, bibir mengukir sengih. Kasut diketuk - ketuk di hujung longkang. Jatuh segala harta karun yang terkumpul di dalam. Batu, pasir, daun kering dan entah apa lagi, semuanya gugur ke dalam air hijau pekat yang berkelodak sehingga ke dasar.

“Zil, awalnya. Dah lama ke sampai?” Suara separuh berteriak dari tingkat atas.

Sepantas kilat lelaki berambut afro berpusing ke arah suara itu. Kepala mendongak. Si gadis ayu sedang terkial - kial membetulkan kasut sebelah kirinya. Hari ini, si gadis ayu memakai tudung bidang 60 warna ungu, baju kurung warna biru gelap dengan corak batik mengelilingi baju yang dipakai, dengan kain hitam. Dalam terkial - kial itu, jelas kelihatan si gadis ayu memakai seluar tracksuit di dalam kainnya. Cantik dan sopan. Mata mula terpukau, mulut respon dengan menganga.

“Zil!” Suara lunak si gadis ayu menyentap antara realiti dan fantasi lelaki berambut afro.

Minda terus tersedar dalam paksa. Mata terkedip - kedip, mulut ditutup, kepala digoyang ke kiri kanan dengan laju. Shit, get a grip man. Muka didongak semula. Kali ini dihias dengan senyuman lebar, dari telinga ke telinga.

“Taklah, Zil baru je sampai,”

Si gadis ayu pantas menuruni anak tangga apartmen usang itu. Lincah langkahnya. Lelaki berambut afro menyelak jam di tangan. 7:45 pagi. Bunyi tapak kaki semakin dekat. Dijeling ke arah bunyi tapak kaki. Si gadis ayu sudah sampai dengan senyuman manisnya. Bau bunga semerbak menemani.

“Jom, Zil,” Senyum semakin lebar.

“Jom,” Senyuman dibalas.

Sambil berjalan, si gadis ayu membuka beg sandangnya. Dikeluarkan buku nota kecil berwarna merah jambu. Diselak pantas setiap muka buku nota itu. Teliti betul. Tak berkedip langsung matanya. Sampai berkerut kening si gadis ayu. Lelaki berambut afro hanya menjeling. Dah faham dah. Ni mesti kes study minit akhir ni.

“Kuiz apa pagi ni?” Cuba mencungkil beban di atas kepala si gadis ayu.

“Concrete,” Ringkas. Mata masih lagi menghadap helaian - helaian yang diselak laju.

Mulut si gadis ayu terkumat - kamit membaca perlahan perkataan - perkataan yang ditulis dalam buku itu. Sesekali terdengar juga jargon - jargon engineering, Almaklumlah, budak awam kan. Pandangan lelaki berambut afro hinggap ke gadis ayu. Comel betul keletahnya. Siap ada gaya lagi nak mengingat fakta - fakta yang cuba dihafalnya. Bahagia dah mula berbunga dalam hati.

Beberapa minit berjalan di lorong berlopak, hanyir dan kotor, mereka tiba di hadapan deretan rumah kedai yang berpagar. Papan tanda bertulis ‘Universiti Coasta’ terlekat di tengah bangunan. Matahari sudah mula menyebarkan vitamin D. Si gadis ayu menyingkap beg sandang. Diselongkar segala yang ada di dalam beg. Mana benda ni? Selalu ada je. Ha, jumpa. Kad matrik dipegang kemas dan dikepit di hujung tudung bidang 60.

“Zil, sampai sini je la ye. Thanks,” Badan dipusing menghadap lelaki berambut afro yang berada dua tapak di belakang.

“Nur habis kelas pukul berapa?”

“Pukul 5, okaylah Zil. Nur nak cepat ni. Assalamualaikum,” Si gadis ayu melambai tangan kanan sambil berlari ke perkarangan bangunan kedai.

“Waalaikumussalam. Hati - hati. Balik nanti Zil ambil,” Suara separuh menjerit. Jam di tangan ditenung. 8:02 pagi. Shit! Aku dah lewat!

Laju lelaki berambut afro mengorak langkah meninggalkan deretan bangunan kedai itu. Lorong - lorong yang dilalui tadi sudah mula bising dengan bunyi periuk belanga berlaga, bunyi manusia terpekik menjaja barang, dan bunyi derapan tapak kaki. Namun semua itu tidak telus masuk ke kepala lelaki berambut afro. Audio “I’m late, man, I’m late!” terus berputar, looping di kotak minda.

Jam diselak. 8:05 pagi. Terasa bahang pagi memenuhi dada. Akhirnya, sampai juga di  perkarangan kedai muzik pagi tadi. 10 kaki di hadapan sahaja. Mencungap. Ah, seksanya! Diambil lorong ke pintu belakang. Panjat pagar, kunci dikeluarkan dari poket. Dalam kelam - kabut, kunci dimasukkan, pulas tombol, secepat mungkin pintu ditolak. Safe!

Kelihatan lelaki tua sekitar 60-an sedang memetik gitar di tempat lelaki berambut afro duduk beberapa jam yang lepas. Gitar kidal yang digantung lelaki berambut afro juga sedang pantas berirama. Rambut putih lelaki tua itu melepasi bahu, disikat rapi ke belakang. Matanya tertutup seolah sedang bermeditasi. Irama harmoni memenuhi ruang kedai itu.

“Baru sampai?” Suara serak basah keluar bersama siri batuk kering. Mata lelaki tua tajam menjeling lelaki berambut afro yang membelakangi pintu belakang kedai. Petikan gitar masih diteruskan.

“Er, er. Tadi, tadi..” Gagap.
“Tadi apa?” Gitar disandarkan ke guitar holder. Lelaki tua berdiri. Petikan gitar mati. Suara pun dah mula meninggi.

“Saya tadi..” Belum sempat habis ayat, lelaki tua memotong.

“Kau pergi jumpa budak tu ke?” Tangan mencapai rokok balut dan lighter di atas kaunter.

Senyap. Tiada respon. Lelaki berambut afro membatu memandang tanah. Ini bukan kali pertama dia lambat gara - gara menghantar Nur. Dan memang pantang bos kedai muzik ini, tak ada pekerja dia yang boleh datang lagi lambat dari dia.

“Berbuih dah aku cakap,” Asap rokok dihembus. Tangan kanan mencapai sesuatu di dalam poket seluar loreng ¾.

“Pergi buka pintu depan,” Kunci yang diambil dari dalam poket dicampak ke lelaki berambut afro. Tangkas lelaki berambut afro menangkap. Laju langkah lelaki berambut afro menuju ke pintu depan kedai muzik. Si lelaki tua pula membuka semua tingkap. Ruang kedai mula dimandikan dengan cahaya mentari.

Greeek!

Bunyi tirai besi berlaga dengan konkrit dari depan kedai muzik. Kedai muzik satu tingkat itu kelihatan relevan jika ianya wujud pada zaman P. Ramlee. Papan tanda bertulisan ‘MUSIQue’ kekuningan dimamah usia. Bangunan lain di kawasan itu sudah mula mencakar langit, hanya kedai muzik itu saja yang tidak berubah. Dari permulaan kedai itu dibuka sehingga sekarang, masih sama. Susunan perabot masih sama. Pemiliknya masih sama. Cuma semakin sentimental nilainya.

“Yo, anyone here?” Suara misteri yang amat dikenali.

Seorang pemuda masuk. Muka yang sangat familiar. Rambut panjang melepasi bahu, disisir rapi ke kiri kepala. Air mukanya bersih, dilengkapkan dengan senyum simpul. Kilauan matanya meyakinkan dengan anak mata berwarna brunette.

“Sam?” Kepala lelaki berambut afro cuba mengingat lelaki yang ditemui di Torture Chamber tempoh hari.

“Yep, that’s me,” Lelaki jambu menjawab. Kepala diteleng ke kiri dan kanan seolah mencari sesuatu di sebalik susunan instrumen muzik yang berlambak di kedai itu.

Comments

Popular posts from this blog

Wish, I

Wish, I By Christian (a short and rushed story)   PART ONE A distant place, I rather not call home - I chose to be back here even after all is said and done. I could still hear the calls and whispers, are they a distant memory buried deep inside? ‘No, it’s not dear.’ a feminine voice echoes. I look at how solemn it gets wishing it could have been more - more than it is now. The embrace of your touch on my hair. Each morning greeted with a smile from the side of the bed.  ‘Dear, are you done? We’re about to be late.’ ‘Hold on honey, just grabbing something from the wardrobe.’ Shayne scurries. The wife starts the car while waiting for her loving partner to exit the house, she shuffles the radio to settle the mood. As soon as he gets out, he cannot wonder what else he forgot but the thought was brushed as soon as he opened the car door.  ‘What were you even looking for?’ ‘It’s a surprise honey.’ While driving to their destination, Shayne i...

Sex, Guns and Words: Pre-

EXTRA: Pre- “Can I ask you something?” he asked. “Yeah sure.” she replied. “Do you find me handsome?” “Honestly?” hesitation in her tone. “Of course honestly.” “I find you cute only but you’re my kind of cute.” she replied. He slides closer to her with intent on kissing her. Kisses. Slow kiss. She replies in kind by giving and continuing their smooching session. “I lo--” she interrupted, “Don’t.” “Boundaries huh?”, he said.

The Long Visit: Part One

PART ONE Years after I long visited this place I call my hometown, a small town in the district of Tuaran where time almost stood still but thanks to the youths of this generation, technology managed to slips its reins in society. Why now? I rarely even talked about it during my stay in the great city of Kuala Lumpur. Is it because I know nothing about it? I’ve see the changes, the people, the places, the events that take place, and the events that could have taken place. After my high school life was over, I told my parents that I wanted to go back to my hometown before I move on with my life. Partially, I wanted to meet my old friends and rekindle long lost love interest but deep down it was just that I wanted a peace of mind. I packed whatever I could carry in a single bag and off I went to the airport accompanied by my younger brother. I was hoping for something to happen. Something interesting. I closed my eyes after I found my seat and enjoyed myself to memories of old ...